Jangan terkejut pulak dengan kenyataan "sepi" mama ni ya...
Mama sepi sebab kesemua yang mama cintai dan sayangi sekarang ni sedang berjauhan dengan mama..Hubby mama sedang memenuhi misinya ke Mae Hong Song ( Jalan seribu korner), Golden Triangle, Laos dan Boten, China dengan menaiki motor kesayangannya....Jauh disudut hati, memang mama risau sangat memikirkan perjalanannya itu..Tapi, mama tetap memberi sokongan padu kepadanya kerana itulah impannya...dan juga minatnya yg mendalam terhadap aktiviti ini...Mama pasti, satu hari nanti dia pasti bawak mama kesana pula...InsyaAllah...
Buat masa sekarang ni, anak2 juga sedang berada dikampung bersama nenek dan atuk..Sekarang kan musim cuti sekolah...mama bagi cuti kat bibik kami utk pulang ke kampungnya. Jadi, anak2 mama hantar ke kampung di Kuantan kerana mama tak dapat nak bercuti panjang..Rindu sangat-sangat dengan keletah anak2...Allysha Moaz, Aizeil Moaz dan Airein Moaz...Rindunya mama dengan kamu...
Gallery ini mama ilhamkan untuk berkongsi kegemaran mama di masa lapang... kadang2 mama buat kek, ride bersama hubby , shopping dan melancong bersama keluarga.
Saturday, November 27, 2010
Thursday, November 4, 2010
Gambar-gambar disekitar Koh Phang Nga dan James Bond Island



Koh Phang Nga - Darling Ride
Mercu tanda Pulau Phang Nga.
Gembira rasa dihati apabila sampai ke destinasi...Jauh dan juga kebas seluruh badan untuk sampai kesini..
Maklumlah, perjalanan kami ni menaiki motor...tapi gembira sebab beramai2 dan berpasangan. Sebab tu lah ride kali ni dipanggil "Darling Ride".
Kami menginap disini..mula2 sampai selepas check inn diresort kami mulakan aktiviti meronda sekitar pulau.
Pulau yang sangat aman..jauh dari kebisingan dan jalan yg sesak seperti di KL...
Ini lah masa utk berehat setelah penat bekerja dibulan April...
Mac dan April memang bulan yg sangat bz dan memenatkan bagi mama...So mama dapat berehat sepuasnya disini...
Di pulau ni tak banyak sangat restoran makanan Islam... Tapi alhamdulillah..ada juga pilihan 2-3 buah restoran untuk kami mengisi perut...walaubagaimanapun, juadah yang ada adalah sangat memuaskan hati kami...espcially breakfast...restoran org Pattani (boleh bercakap Kelate) ada nasi ayam, roti canai dan tak ketinggalan pulut ayam...dengan teh tarik (charong) yg kaw...
Sepanjang disini kami akan mengikut aktiviti ke James Bond Island, Pulau Pha Ngi dan berkayak...
Dengan bayaran 600baht utk aktiviti diatas, mama rasa amat berbaloi. Tambahan pula dengan additional 150baht seorang, kami dapat menikmati makan tengahari yang boleh dikatan mewah dan menyelerakan di Pulau Pha Ngi.. Masih teringat2 ketam dan tomyam seafood kat Koh Pha Ngi..Bilalah nak merasa lagi..
Jauh juga nak sampai ke pulau ni dari pulau Phang Nga..Nasib baik tak mabuk laut...Pulau Pha Ngi ni rata2 penduduknya adalah beragama Islam..Nak makan memang takde hal..Yg bestnya kat restoran terapung ni dibelakangnya ada tempat shopping..Yg ni lah perkara yg paling mama suka..Shopping time....
Mama mesti datang lagi kesini....syiokkkk...
Tuesday, November 2, 2010
Hatyai Ride


Choclate Moist Cake
Selain dari Benjy Roll, mama juga ada buat choc moist cake.
Cuba la tengok cake mama ni...Ni gambar masa hari raya yg lalu..
Kek yang paling laris..
Ni kek choclate juga dalamnya..tapi isi icing sebab nak antar kat tadika Aiziel utk celebrate besday anak2 yg berumur 4 tahun..pilih kaler hijau sebab Aizeil suka betul dengan kaler hijau..
Cuba la tengok cake mama ni...Ni gambar masa hari raya yg lalu..
Kek yang paling laris..
Ni kek choclate juga dalamnya..tapi isi icing sebab nak antar kat tadika Aiziel utk celebrate besday anak2 yg berumur 4 tahun..pilih kaler hijau sebab Aizeil suka betul dengan kaler hijau..
Benjy Roll
Taraaa...nak tunjuk cake benjy roll yang famous dari mama....
Ni kawan mama Eyeen..
Jadi model kek ni pasal dia sangat gemarkannya...
Harga kek ni segulung RM10 aje.
Kalau ada sapa2 nak order bila2 masa pun boleh...
Yang ni perisa vanilla..ada juga perisa coklat..
Ni kawan mama Eyeen..
Jadi model kek ni pasal dia sangat gemarkannya...
Harga kek ni segulung RM10 aje.
Kalau ada sapa2 nak order bila2 masa pun boleh...
Yang ni perisa vanilla..ada juga perisa coklat..
Subscribe to:
Posts (Atom)