Saturday, November 27, 2010

Sepi...

Jangan terkejut pulak dengan kenyataan "sepi" mama ni ya...
Mama sepi sebab kesemua yang mama cintai dan sayangi sekarang ni sedang berjauhan dengan mama..Hubby mama sedang memenuhi misinya ke Mae Hong Song ( Jalan seribu korner), Golden Triangle, Laos dan Boten, China dengan menaiki motor kesayangannya....Jauh disudut hati, memang mama risau sangat memikirkan perjalanannya itu..Tapi, mama tetap memberi sokongan padu kepadanya kerana itulah impannya...dan juga minatnya yg mendalam terhadap aktiviti ini...Mama pasti, satu hari nanti dia pasti bawak mama kesana pula...InsyaAllah...

Buat masa sekarang ni, anak2 juga sedang berada dikampung bersama nenek dan atuk..Sekarang kan musim cuti sekolah...mama bagi cuti kat bibik kami utk pulang ke kampungnya. Jadi, anak2 mama hantar ke kampung di Kuantan kerana mama tak dapat nak bercuti panjang..Rindu sangat-sangat dengan keletah anak2...Allysha Moaz, Aizeil Moaz dan Airein Moaz...Rindunya mama dengan kamu...

Thursday, November 4, 2010

Gambar-gambar disekitar Koh Phang Nga dan James Bond Island

Wow..best betul round2 pulau dengan kayak..tapi ada jurukayaknye..wlaupun dah berusia 75 tahun, pakcik abdul rahman masih lagi gagah bekerja...

Yg ni time balik dah dari aktiviti pulau..semua happy..

tut tut....

yg ni masa baru smapi ke James Bond Island. Jauh juga nak boleh sampai kesana..kena panjat bukit la pulak...

Nilah restoran terapung di Koh Pha Ngi...


Dekat shopping area Koh Pha Ngi..Tapi mama tak beli pun siput2 ni..payah nak bawak balik naik moto..

James Bond Island..

Menunggu kawan2 didepan resot kami menginap.


dikelilingi pokok bakau..jaga2 ada ular...

hubby dengan helmet yg disediakan pihak resort..Cuba teka helemet apa tu???

Didepan jeti..sementara tunggu bot sampai..

Perjalanan pulang..kat bukit bukau Wang Kelian...Sungguh berliku jalannya...Damai mata memandang kehijauan sekeliling...

Koh Phang Nga - Darling Ride

Mercu tanda Pulau Phang Nga.
Gembira rasa dihati apabila sampai ke destinasi...Jauh dan juga kebas seluruh badan untuk sampai kesini..
Maklumlah, perjalanan kami ni menaiki motor...tapi gembira sebab beramai2 dan berpasangan. Sebab tu lah ride kali ni dipanggil "Darling Ride".

Kami menginap disini..mula2 sampai selepas check inn diresort kami mulakan aktiviti meronda sekitar pulau.
Pulau yang sangat aman..jauh dari kebisingan dan jalan yg sesak seperti di KL...
Ini lah masa utk berehat setelah penat bekerja dibulan April...
Mac dan April memang bulan yg sangat bz dan memenatkan bagi mama...So mama dapat berehat sepuasnya disini...

Di pulau ni tak banyak sangat restoran makanan Islam... Tapi alhamdulillah..ada juga pilihan 2-3 buah restoran untuk kami mengisi perut...walaubagaimanapun, juadah yang ada adalah sangat memuaskan hati kami...espcially breakfast...restoran org Pattani (boleh bercakap Kelate) ada nasi ayam, roti canai dan tak ketinggalan pulut ayam...dengan teh tarik (charong) yg kaw...

Sepanjang disini kami akan mengikut aktiviti ke James Bond Island, Pulau Pha Ngi dan berkayak...
Dengan bayaran 600baht utk aktiviti diatas, mama rasa amat berbaloi. Tambahan pula dengan additional 150baht seorang, kami dapat menikmati makan tengahari yang boleh dikatan mewah dan menyelerakan di Pulau Pha Ngi.. Masih teringat2 ketam dan tomyam seafood kat Koh Pha Ngi..Bilalah nak merasa lagi..
Jauh juga nak sampai ke pulau ni dari pulau Phang Nga..Nasib baik tak mabuk laut...Pulau Pha Ngi ni rata2 penduduknya adalah beragama Islam..Nak makan memang takde hal..Yg bestnya kat restoran terapung ni dibelakangnya ada tempat shopping..Yg ni lah perkara yg paling mama suka..Shopping time....
Mama mesti datang lagi kesini....syiokkkk...

Tuesday, November 2, 2010

Hatyai Ride

Hubby at floating market


Dari atas jambatan menuju ke seberang..Cantik sungguh pemandangan floating market diwaktu malam. Walaupun hujan dan banjir, peniaga2 kecil gigih berniaga ...Banyak makanan tempatan terdapat disini. Pilih saja apa yang berkenan dan harganya pun murah. Cuma 20baht setiap jenis hidangan...Kalau berkesempatan, cubalah...pasti anda semua merinduinya..


Jalan2 ditengah2 bandar Hatyai (Muslim Road) dalam hujan...Dah lama tak pakai baju hujan seperti ini..Zaman kanak2 dulu ada juga baju hujan camni. Tapi materialnya berbeza..Baju hujan ni diperbuat daripada plastik seperti plastik yg biasa kita gunakan untuk mengisi barang2..Pandai betul orang Siam..Harga baju hujan ni pun murah saja. Hanya 30baht (RM3)..

Kalau kesini mesti cari pulut mangga atau pulut ayam..Best!

Tarian tradisi Thailand. Ada kanak2 yg sebaya anak mama juga dah mula belajar menari...

Mama pun cuba tarian ni...hahaha

Choclate Moist Cake

Selain dari Benjy Roll, mama juga ada buat choc moist cake.
Cuba la tengok cake mama ni...Ni gambar masa hari raya yg lalu..
Kek yang paling laris..

Ni kek choclate juga dalamnya..tapi isi icing sebab nak antar kat tadika Aiziel utk celebrate besday anak2 yg berumur 4 tahun..pilih kaler hijau sebab Aizeil suka betul dengan kaler hijau..

Benjy Roll

Taraaa...nak tunjuk cake benjy roll yang famous dari mama....
Ni kawan mama Eyeen..
Jadi model kek ni pasal dia sangat gemarkannya...

Harga kek ni segulung RM10 aje.
Kalau ada sapa2 nak order bila2 masa pun boleh...
Yang ni perisa vanilla..ada juga perisa coklat..

Monday, September 27, 2010

Resepi Nasi Rampai

Lama dah mama tak menulis...bukannya apa...bz ke sana, ke mari...
kat sini mama nak share mama punya resepi nasi rampai mama yang cukup glamer untuk juadah hari raya..
Sapa2 yang nak try tu bolehlah ikut je instruction ni. Pasti menjadi.

Bahan- bahan :
1 kg beras basmathi (cuci dan rendam 20 minit)
125gm margerin
Bawang merah 8 ulas - blend
Bawang putih 3 ulas - blend
1 inci halia - blend
Rempah tumis – bunga lawang, cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis
Daun pandan 2 helai
1 sudu makan rempah beriani
1 sudu makan lada sulah
½ sudu teh garam
Seketul kiub ayam
Isi ayam (rebus & siat2) – ambik bahagian dada
Button mushroom (10 ketul, belah 2)
Susu cair 125 ml
Air 1.2 liter.

Cara : Panaskan margerin, tumis semua rempah tumis dan bahan kisar, daun pandan sampai naik bau. Pastu masukkan rempah beriani, serbuk lada sulah, garam dan kiub ayam.
Kacau2. masukkan isi ayam n mushroom. Pastu masukkan susu cair dan air..akhir sekali masukkan beras yg dah sudah disejat…taraaaa..dah siappp….

Selamat mencuba.....

Thursday, August 26, 2010

ini utk staff PKF n LHDN
untuk kawan2 sekerja mama n hubby


Ni khas utk Father's Day..Tapi masa ni dah lewat malam..mata tersangatlah mengantuk..
Maka....itulah hasilnya..















Ok ke tak? Boleh laaa....untuk suka2 kasi kawan2 ofis makan..

Taraaaaa..mama nak tunjuk gambar2 masa mula-mula mama belajar buat cup cake.
Try..try and try...
Bukan apa..nak melukis atas cream dia tu kena ada banyak idea.
Nak kena juga pandai melukis kan...

MY HOBBY

Mama Moaz sekadar nak share hobby kat sini....
Apa lagi kalau bukan masak - memasak
Trutamanya buat kek..
Dah macam kek mama try tau!
Anak2 dan kawan2 mama sangat gemarkannya!
Nanti ye..bila ada masa mama upload koleksi kek mama...